Sunday, 17 February 2019

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tarian,  lakonan dan persembahan pensyarah yang berbangsa cina. 

Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa hidangan lao yee sang. Tahun ni kak na ditugaskan untuk menyediakan lao yee sang bersama pelajar dan pensyarah kulinari yang lain.  Jom kite lihat suasana yang sempat dirakam 😊

Barisan tenaga pengajar KVKU

Persembahan pembukaan

Lao Yee Sang

Pelajar yang membantu meghasilkan 
lao Yee Sang

Lakonan dari pelajar

Persembahan nyanyian dari pensyarah berbangsa cina

Di kvku,  bukan sahaja sambutan Tahun Baru Cina yang meriah malah Hari Raya aidilfiti dan hari gawai juga disambut dengan meriah.  Oleh kerana kaum india hanya 2% sahaja di KVKU,  maka Depaavali tidak disambut disana. 


Friday, 8 February 2019

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S. W. T atas nikmat usia dan kesihatan yang diberikan. 

Mqa adalah ringkasan kepada Malaysian Qualifications Agency atau dalam bahasa Melayunya Agensi Kelayakan malaysia. Mqa adalah agensi yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)  yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPT.

Umum ramai mungkin belum tahu bahawa Kolej Vokasional Kuching adalah antara Kolej Rintis bagi kursus Kulinari.  Untuk lebih paham,  kursus kulinari yang paling awal diwujudkan di  KV seluruh Malaysia. 

Pada tahun 2018, Kolej Vokasional Kuching telah pun mendapat pengiktirafan MQA. 


Tahniah diucapkan kepada para pensyarah Kulinari dan bahagian pengurusan serta pensyarah2 yang mana telah bertungkus lumus, bersusah payah pagi hingga malam malah bekerja pada hari cuti demi menjayakannnya. Kejayaan ini adalah kebanggaan seluruh warga KVKU. 


Thursday, 7 February 2019

TAHUN KE EMPAT DI BUMI KENYALANG

Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk menulis.  Rasanya lama sungguh blog ini dibiarkan bersawang. Hampir 3 tahun. Huhu. Benar,  nak istiqamah itu susah sgt. 

Kali pertama kak na menulis pada tahun 2016, sekarang sudah 2019. Dek kerana kesibukan melampau dan "work shocked", terbengkalai kejap blog ni. 

Alhamdulillah sekali lagi,  kak na telah berjaya mengharungi setahun lagi liku2 manis dan pahitnya di negeri orang ini, " Sarawak " bumi kenyalang. 

Tahun pertama

Tahun kedua

Tahun ke tiga

Inshallah diharapkan pada tahun ini akan ada berita baik.  Amin. 😊. Masih belum ada gambar bagi tahun 2019.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tar...