Monday, 24 October 2016

KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Kolej Vokasional mungkin bukanlah terlalu asing bagi kak na sebab ketika belajar di UPSI dulu, kak na pernah terdedah dengan serba sedikit maklumat tentang kolej Vokasional ni kerana kak na mengambil kursus teknikal juga di sana. Dekat KV, pelbagai kursus teknikal dan vokasional ditawarkan seperti kulinari, fesyen, automotif, perakaunan, pertanian, elektik, elektronik, permesinan industri dan pelbagai lagi.

Kolej vokasional menawarkan program Diploma Vokasional Malaysia kepada pelajar berumur 16 tahun (selepas pt3) yang berkelayakan. Program ni dijalankan dalam tempoh 4 tahun 6 bulan. Kiranya pelajar akan memperoleh Diploma Vokasional diorang pada umur 20-21 tahun (konvo). Selepas semester terakhir, pelajar perlu menjalani on job training (OJT) selama 5 bulan.


Perhimpunan mingguan setiap hari selasa (KVKU)

Pelajar yang kecenderungannya kurang ke arah akademik, mereka boleh menyambung pelajaran mereka selepas PT3 di KV.  Syarat kemasukan adalah calon telah menduduki PBS, sihat tubuh badan, bebas masalah mental, memperoleh sekurang-kurangnya band 3 bagi sujek BM, BI, Sains, Mate dan KH.

Melalui pentaksiran kv, amali sebanyak 70%, manakala 30% teori. KV menggunakan sistem yang digunakan di Institusi awam iaitu PB (pentaksiran berterusan) yang dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran seperti kuiz, pembentangan dan amali dan juga PA (pentaksiran akhir) iaitu peperiksaan akhir. Pelajar perlu menduduki ujian bertulis dan juga ujian amali.


Pelajar menjalani kelas amali masakan


Pensyarah menilai hasil masakan pelajar

Berikut adalah laluan bagi mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia.


  • Pelajar perlu menamatkan pembelajaran selama 4 tahun (8 semester) dan 5 bulan (OJT). 
  • Pada tahun 1 dan tahun 2 (sem 1- sem 4), pelajar akan mendapat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) jika lulus kesemua syarat dan lulus PB serta PA. 
  • Pelajar akan menyambung pembelajaran mereka pada tahun 3 dan 4 (sem 5-sem 8). 
  • Setelah lulus PB dan PA, mereka boleh menjalankan OJT mereka di industri yang menjalani kerjasama antara KV.
  • Lulus OJT, mereka bakal bergraduasi dan dianugerahi Diploma Vokasional Malaysia.

Waktu belajar di KV juga berbeza dengan sekolah harian biasa. Pelajar bermula kelas pada jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. I masa bersamaan 1 jam. Waktu bekerja guru bermula jam 7.30pg-4.30 ptg bersamaan 9 jam waktu bekerja. 

Selain kursus teknikal, pelajar juga belajar subjek akademik seperti mate, sains, bm, bi, moral, pend. islam dan sejarah. Namun pemberatnya lebih kepada kursus teknikal. Kan namanya pun kolej vokasional. Setiap kursus akan ada amali terutama kursus teknikal seperti kulinari contohnya, ada masak memasak, penyediaan restoran, fruit carving dan lain-lain.

Pelajarnya pun tidak lagi memakai pakaian sekolah seperti sekolah harian biasa. Pelajar perlu memakai pakaian korporat jika tiada kelas amali dan memakai t-shirt jika ada kelas pendidikan jasmani. Mereka juga perlu menyertai pasukan beruniform dan juga sukan sekolah. Aktiviti kokurikolum kv masih lagi sama seperti sekolah harian biasa kerana Kv masih lagi di bawah KPM (bagi SVM) 

Gurunya tidak lagi digelar guru tetapi dinaik taraf kepada "Pensyarah" seiring penaikan taraf sekolah kepada "kolej".

Begitulah sedikit sebanyak yang mampu kak na share sebab waktu ni, kak na baru 2 bulan lebih mengajar di KV. Semoga bermanfaat.

Wassalam..




68 comments:

  1. assalam cikgu
    anak saya berminat untuk ke sekolah vokasional
    tapi result pt3 tak berapa elok
    ada ke peluang untuk masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.mungkin sdh trlmbt utk sy bls,namun sdkt sebanyak blh sy jawap. 1st kami akan tgk result pelajar dahulu sbb permintaan sgt byk namun tempat hanyalah 30 org untuk 1 sesi. Jika kv kekurangan pelajar, namun yg dtg apply kebanyakkanya result rendah, mungkin kita akan ambil kira attitude/disiplin pljr trsbt. Bygkan kesusahan guru yg mengajar mp akademik nanti jika kita ambil pelajar yang resultnya sgt tdk elok.yg pntg,BM kena lulus

      Delete
  2. Assalamualaikum. saya nak tanya, macam mana status seseorang kalau dia takde layak svm dan layak diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikmsalam. Kurang faham soalan tu. Di kv, kalau pelajar gagal svm,secara automatik tidak layak untuk Dvm. Namun pelajar ada 1 lg sijil iaitu Skm. Pelajar ttp akan dtg ke sekolah untuk menghabiskan Skm selama setahun (bermula 2019). Jika Skm nya ggal,maka dia tidak akan dapat apa2 Sijil

      Delete
  3. aslm sye nk tnye ank jiran sye dia x amik ujian lisan semester 1&2 adakah dia tidak akan dpt svm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar perlu menduduki semua matapelajaran yg disediakan oleh kv

      Delete
  4. Assalammualaikum cikgu. Untuk subjek sains dan matematik di KV, bahasa apa digunakan untuk medium pengajaran?

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan perkongsian kisah perjalanan saudari sehinggalah menjadi seorang pendidik,semoga saya mendapat penempatan seperti saudari.

    ReplyDelete
  6. Diploma kolej vokasional diiktiraf oleh MQA tak? Takut menyesal nnt blajar lama ii tgok ii sijil tak diiktiraf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh tgk d post sy yg lain. Kos kulinari dan fesyen d kv kuching sdh diiktiraf penuh oleh MQA

      Delete
    2. Mungkin ramai yg belum fhm matlamat sebenarnya penubuhan kolej vokasional.kolej vokasional memberi peluang kpd warga utk mempelajari kemahiran dan mencerahkan harapan mereka utk bersaing di alam pekerjaan kelak. Ia juga dpt mengatasi masalah keciciran pelajar. Kebanyakan pelajar yg masuk ke kv bkn dgn hrpn nk smbg pelajaran smpai degree sbb kbykn yg masuk mmpunyai masalah keciciran pelajaran dlm bdg akademik. Merka mempelajari kemahiran yg blh membantu mereka dlm bdg pekerjaan atau mmbuka bisnes suatu hr nanti. Sasaran kv seramai 70 % mndpt pekerjaan. 10% mnjadi usahawan dan hya 20% yg bersedia melanjutkan pngajian vokasional ke peringkat lbh tggi.

      Delete
  7. Kalau ambil KV elektrik.temuduga selalunya tanya apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaanya lbh krg sama shja soalan spt kos2 lain. Penemuduga tgk kepada kesungguhan dan minat nk blajar. Kalau jawap mesti yakin. Jgn bt smbl lewa. Attitude juga kena jaga

      Delete
  8. Klau svm sem 1 sampai 3 akedemik tak capai pointer yang sebenar pelajar dpt skm ke

    ReplyDelete
  9. saya nak bertanya sekiranya pelajar tahun akhir tidak menyiapkan projek tahun akhir pada semester akhir adakah pelajar masih boleh mendapat skm ataupun terus tak dapat apa apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi mendapat kepastian, blh hubungi pihak pemgurusan kolej itu sendiri. Terima kasih

      Delete
  10. PTA merupakan salah satu drp modul yg perlu diambil oleh pelajar sepanjang pembelajaran di KV. Sama spt modul2 lain. Jika gagal,mereka berkemungkinan tdk layak utk mendapat DVM.

    ReplyDelete
  11. Untuk kolej vokasional ni. Pelajar diberi elaun ataupun tidak??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum cikgu Azlina saya nak tanya macam mana nak mohon sekolah kv cikgu Azlina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh isi secara online atau walk in terus d kv yg berminat. Permohonan tlh dibuka bermula 15 oktober 2019

      Delete
  13. Assalam cikgu..adakah pelajar kv akan ambil peperiksaan spm bm dan sejarah yg setara dgn sekolah harian biasa.

    ReplyDelete
  14. salam..nk tnye..boleh ke pelajar kv sambung diploma di tmpt lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Untuk sambung diploma perlu menggunakan result SPM. Kv menawarkan SVM (Sijil Vokasional Malaysia). Namun result DVM (Diploma Vokasional Malaysia) kv blh digunakan utk sambung ijazah di Universiti awam dan swasta.

      Delete
  15. Assalam.. nak ty klu seorang pelajar tu ada sakit organ dalaman tetapi tidak memudaratkan dan memerlukan rawatan susulan 6bulan sekali.. bolehkah memehon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..mungkin kita akan suggestkan kursus yg tdk memerlukan pergerakan fizikal yg byk dan brt spt kulinari, permesinan industri, elektrik dan lain2.mungkin blh ambl kursus bisnes ataupn perakaunan. Blh memohon jika rasa tdk akan mengganggu kehadiran ke sekolah. Kehadiran kurang dari 80% akan dihalang untuk memasuki peperiksaan akhir.

      Delete
    2. Bolehkah memohon dalam kursus automotif

      Delete
    3. Salah satu syarat memasuki kolej vokasional adalah sihat tubuh badan, tiada penyakit kronik. Kursus automotive pon agak berat bg sy. Takut memudaratkan kesihatan yg sdh punya penyakit

      Delete
  16. Assalammualaikum Puan:

    Jika pelajar KV gagal PB, boleh kah pelajar itu mengulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..PB sbnrnya tiada mslh. Blh mgulang bila2 masa sblm PA bermula. Itu antara pelajar dan guru yg mgjr.Tiada istilah gagl PB jika segala kuiz, ujian, tugasan, amali tlh pelajar selesaikan. Ssh nk gagal PB melainkan pelajr itu xnak bt atau lama tdk ke sekolah.

      Delete
  17. Kalau gagal skm tahap 3 layak tak untuk DVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKM dan DVM adalah 2 bnda yg berbeza. Dvm Bwh KPM manakala SKM bwh JPK. ada yg layak DVM tp gagal utk SKM. ada yg gagal DVM tp layak utk SKM. dan ada yg DVM dan SKM dua2 xlyk. Ini berdasarkan peperiksaan yg telah mereka jalnkan. Kalau lulus ujian, luluslah dan seballiknya.

      Delete
  18. Assalamualaikum, cikgu
    saya inginkan kepastian. Jika lepasan KV tiada spm, bolehkan mereka memohon untuk kerja di sektor awam.. contohnya Pembantu Tadbir, tetapi syarat untuk memohon jawatan tersebut perlukan SPM. Adakah mereka ada peperiksaan Bahasa melayu, dan lain2. Adakah mereka layak untuk memohon kerja di sektor awam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..tidak sebenarnya. Tapi kalau ada kesempatan dan peluang,blh ambil SPM persendirian di luar. Namun pelajar blh mggunakan Diplomanya utk smbung ijazah di IPTA dan mggunakan ijazahnya untuk kerja d sektor awam.

      Delete
  19. Saya nak tanya, layak kah seseorang itu kalau dia lulus semua akademik di sem 4 tahun 2, tetapi dia hanya gagal sej, adakahh dia layak ke dvm atau tidak?

    ReplyDelete
  20. assalam saya nak tanya kalau pelajar gagal satu subjek dalam pt3 , peratusan untuk dpt masuk tu , rendah ke ?

    ReplyDelete
  21. Kalau temuduga kulinari selalunya apa yang akan ditanya?

    ReplyDelete
  22. As salam. Sya nak tya jika pelajar gagal melepasi pointer untuk akademi yg telah di tetapkan. Boleh tak pelajar tersebut mengulang subjek akademi untuk membolehkan dia melanjutkan ke peringkat diploma

    ReplyDelete
  23. salam sejahtera cgu.. adakah keputusan pentaksiran KV semester 4 setara dengan SPM?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum, saya nak tanya. saya pelajar kv dan sekarang saya berada di dvm. saya dapat tawaran untuk menyambungkan pegajian saya di kolej vokasional dengan dvm. saya mahu bertanya adakah saya dapat mengambil diploma di universiti atau kolej lain selain kv menggunakan svm saya?

    ReplyDelete
  25. Salam.. Nk tnye..bolehkh pljar lulusan kv mnjdi seorg guru?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum cik. saya nak tanya kalau ambik course ert untuk jadi pengajar boleh pergi kemana je ye>

    ReplyDelete
  27. Cikgu saya nak tanya..tak menyesal ke masuk KV?
    Sebab ramai yang berkata begitu?
    Saya berminat sangat tapi mereka menghalang saya...😟

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan kelahiran kv berjaya dalam keusahawanan ada yg bekerja di industri dan ada yang sambung belajar.lagi satu kalau nak pilih kos di kv kena tahu kos tersebut mempunya Mqa atau tidak jika tak kemungkinan mereka akan belajar di kv selama 2 tahun sahaja

      Delete
  28. maknanya kalau masuk kv ni mmg wajib sertai sukan sukan la eh?pada yang mmg tak aktif bersukan(bukan atlet)di sekolah macam mana ye?

    ReplyDelete
  29. assalammualaikum cg. Saya berminat dgn kv tetapi saya menduduki kelas kedua semasa ting 1 hingga 3. Untk memasuki kv, segelintir orang akan memandang rendah kerana beranggapan org yg masuk kv hanya yang tidak pandai. Apa pendapat cg? Yg kedua, jika seseorang result nya cantik, adakah lagi memudahkan proses kelayakan kv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  30. Assalamualaikum cikgu, boleh ke pelajar kv nak sambung diploma di tempat lain dengan menggunakan keputusan sijil svm?

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum cg , saya nak tanya kalau pointer akademik last sem untuk svm atas dari 2 tapi untuk subjek bengkel gagal , still ade sijil svm or automatik svm tak valid ?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum cg, saya nak Tanya. Lepas OJT ada exam tahap 4. Tapi saya tak ambil. Jadi sekarang ni saya berada ditahap berapa?

    ReplyDelete
  33. salam cikgu... cikgu masih mengajar lagi ke di KV Kuching?

    ReplyDelete
  34. Slm sejahtera.Jika kv mengambil 2 tahun sja tdk naik dvm sbb gagal sem 2?adakah murid itu akan smbung diploma?dan jika lulus di sem 3 and dia berhenti ada ka bole smbung di mna2 pekerjaan lagi?

    ReplyDelete
  35. Slm sejahtera.Jika kv mengambil 2 tahun sja tdk naik dvm sbb gagal sem 2?adakah murid itu akan smbung diploma?dan jika lulus di sem 3 and dia berhenti ada ka bole smbung di mna2 pekerjaan lagi?

    ReplyDelete
  36. Slm sejahtera.Jika kv mengambil 2 tahun sja tdk naik dvm sbb gagal sem 2?adakah murid itu akan smbung diploma?dan jika lulus di sem 3 and dia berhenti ada ka bole smbung di mna2 pekerjaan lagi?

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum nak tanya kalau tahun1 svm gagal vokasional pelajar tu kena diberhentikan ke sambung tahun 2svm

    ReplyDelete
  38. Nak tanya.. satu semester bapa bulan eeh?

    ReplyDelete
  39. salam , saya nk tnye klau kite tukar kos masih bole ke ?
    sbb saya amik kos kimpalan tpi parents tk galakkan amik kos itu , jadi saya bole ke tukar kos ?

    ReplyDelete
  40. aslm cg kalau keputusan mt F dpt ke msok kv ?

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah, dari tahun 6, saya dah target anak saya supaya masuk KV. Sbb saya nampak akedemik anak lelaki saya tak begitu memberansangkan. Selalu corot markah walaupun kedudukan ada dalam kelas. Tapi saya memang tak puas hati dengan markah yang selalu dia dapat..paling tinggi selalu dapat D,E,F sahaja masa sekolah rendah. Sebab tu saya dah nekad usahakan dia masuk kemahiran. Sbb dulu pun saya masuk kemahiran, waktu tu belum kolej lagi 1993/94.

    Alhamdulillah 11/4/2022 anak saya berjaya masuk. Seperti cita-cita saya yang tercapai pulak..hahahaha.. Saya memang dah pasang cita-cita supaya semua anak2 saya masuk kemahiran. Saya tak memgharapkan mereka masuk universiti, sebab saya tau kemampuan mereka takat mana. So, kita jangan paksa untuk jadi pofesional lepasan U. Kita buat mereka yang termampu saja. Di Vokasional pun dah setaraf dengan yang lain. Yang mengatakan KV tak baik itu, mereka salah. t.kasih.

    ReplyDelete
  42. Tapi masa 1993/95, keputusan kena bagus. Nasib keputusan SRP(ting3) saya Ok masa tu. hihihi..

    ReplyDelete
  43. salam cikgu, boleh saya tanya kenapa kolej vocational tu ada pelajar SVM tahun 1 Semester 3... I sangka semester 3 itu ialah SVM tahun 2?

    ReplyDelete

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tar...