Monday, 24 October 2016

KENALI CIKGU AZLINA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T akhirnya ceriteracikguazlina.blospot.com dapat diterbitkan juga.

"Cikgu" adalah gelaran yang sekian lama diidamkan oleh  kak Na. Cita-cita ini telah lama kak na impikan sejak dari sekolah rendah lagi. Walaupun gelaran ini kak na dapat pegang ketika umur 29 tahun, tapi kak na sangat mensyukurinya. Impian telah menjadi kenyataan.

Kak na telah berjaya dipostingkan ke Kolej Vokasional Kuching pada 15 Ogos 2016 setelah menunggu selama setahun (selepas grade). Andai elok jika kak na perkenalkan diri dulu kan.hehe..lupa plak.

Nama indah yang telah diberikan oleh ibu ayah adalah Azlina Binti Harun, Anak ke 8 daripada 8 adik beradik. Mempunyai seorang kakak dan 6 orang abang. Kira masa kecik dulu kak na ni agak tomboy sebab ramai abang. waris waras pun ramai lelaki. Kak berasal daripada negeri Kelantan Darul Naim, telahpun berumah tangga pada 22 Julai 2016. Ketika ini, inai masih lagi ada dijari..hehe..

Setelah abis SPM, perjalanan kak na telahpun bermula. Ketika umur 18 tahun, kak na telah menjadi anak perantau. Kak na telah melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Chenderoh Perak ,kos sijil pengurusan hotel dan katering memandangkan keputusan SPM kak na kurang memberansangkan. Masa sekolah dulu kak na tak berapa rajin. Main je banyak. Macam manala nk jadi ckgu kan..huhu.. Setelah berjaya menamatkan pelajaran, kak na mendapat kerja sebagai seorang pekerja kilang di kilang Canon opto Shah Alam. Kak na kerja selama setahun kat sana.


   Merdeka selepas tamat SPM


Bff Kolej Komuniti ( muka suci lagi)


Kak na mendapat tawaran menyambung Diploma Hotel dan katering di Politeknik Merlimau Melaka selama satu tahun 6 bulan. Setelah dapat diploma, kak na bekerja di Jabatan perangkaan Kajang sempena banci penduduk dan perumahan 2010. Kemudian kak na mendapat tawaran menyambung pengajian lagi untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga di UPSI. Ketika mendapat keputusan itu, tiada kata yang mampu menzahirkan rasa kesyukuran apabila segala penat lelah penantian bertahun-tahun akhirnya bakal tercapai. Impian kak na menjadi "cikgu" bakal tercapai. Ketika itu umur kak na 24 tahun. Antara seniorlah kiranya batch kak na kebanyakannya adik-adik berumur antara 19-21.

      50 orang classmate yang comey lotey

4 tahun kak na belajar ilmu perguruan di UPSI dan tamat pelajaran pada bulan 6 tahun 2015. Sementara menunggu posting, kak na keje di koperasi sekolah menengah dekat dengan rumah. Alhamdulillah pada bulan April 2016, kak na dipanggil untuk temuduga SPP di putrajaya. Ketika menunggu keputusan temuduga, kak na mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2016. Mungkin dikatakan rezeki selepas kawin, kak na telah berjaya dipostingkan selepas seminggu lebih kahwin. Kak na telah dipostingkan di Kolej Vokasional Kuching dan bermulah episod pjj kak na dan suami.

  Pra convo degree di Pantai Senok Bachok, Kelantan



   Saat bergelar seorang Isteri

2 minggu selepas kahwin, kak na telah diterbangkan ke Kuching dan pada tarikh 15 Ogos, bermulalah perjalanan kak na sebagai seorang "Cikgu".

Perjalanan kak na mungkin lambat berbanding orang lain yang menjadi guru pada umur semuda 24 tahun. Tapi rezeki kita masing-masing telah ditetapkan. Ketika kerja kilang, semangat kak na nk sambung belajar sangat berkobar-kobar sebab nak smbung belajar di UPSI dan menjadi cikgu. Dapat masuk poli, kak na belajar sungguh-sungguh dan dapat dekan setiap sem. Kak na bertekad nak ubah hidup kak na dan takkan berhenti belajar sehingga mendapat Ijazah. Alhamdulllah, dapat result yang baik, dapat sambung degree.


                 Lega selepas selesai temuduga SPP di Putrajaya


 Saat perpisahan dengan suami, pjj yang pertama



          Barisan guru Kolej Vokasional Kuching

So, bagi adik-adik yang rasa telah gagal pada mulanya, bangkitlah. Anda tidak akan selalunya gagal. Hanya anda yang mampu mengubah hidup anda sendiri.. Belajarlah, belajarlah dan belajarlah. Dengan ilmu , darjat kita akan diangkat dan gunalah ilmu yang ada dengan sebaik-baiknya.

ALHAMDULILLAH..


5 comments:

  1. salam sis nak tanya. kos ni masih mudah nak dpt posting tak skrg? tolong doakan saya dpt habiskan blaja kos ni sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batch sis dulu semua 50 orang dan 49 telah berjaya dipostingkan. Seorang tidak menghadiri temuduga. Setahu sis, ert skrg open market. So kte.rezeki inshaalah ada dmana2

      Delete
  2. mcm mna skop pelajaran course ni? saya baru nak mohon..

    ReplyDelete
  3. Salam kak na, nak tanya masa pergi temuduga dan ujian khas dulu, macam mana kak na boleh lulus ya? Soalan soalan apa yang dia tanya ya?

    ReplyDelete
  4. Hi salam kak na nak tanya kak na mohon dari upu or terus ke website upsi ye?

    ReplyDelete

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tar...