Monday, 31 October 2016

MAKAN-MAKAN DI SARAWAK

Kalau sebut tentang Sarawak, apa yang terlintas di fikiran anda? kalau tanya kak Na, first yang kak Na fikir adalah kek batik. Lepas tu ikan terubuk masin, songket sarawak dan rakyatnya yang berbilang kaum. Kali ni kak Na nak payung sikit tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di Sarawak.


*****************************

HAWA STEAMBOAT


Rakan sekerja

Gambar daripada encik google

Tak sempat nak snap gambar makanan, semua dah di ngap. huhu. Kawan sekerja kak na mengidam nak makan steamboat, so kami semua menunaikan hasratnya itu. Baikkan kami.. haha..

Hawa steamboat beralamat di 89, Jalan Astana, 93050 kuching Sarawak. Hanya beberapa minit perjalanan dari bandar Kuching. Jalan nak menghala ke Petrajaya. Selain pilihan makanan laut, terdapat juga daging kambing, lembu dan ayam. Satu kepala adalah RM 22.40. Sangat berbaloi-baloi sebab boleh makan puas-puas. 

Kedai dibuka pada jam 5.30 petang hingga 12 tengah malam. So datangla awal, Selepas jam 9 malam, komform penuh. Kami pergi dalam kul 8, so banyak lagi kosong. 
*****************************

TELAGA AIR




Bagi merasai keenakan makanan laut yang segar, bolehlah cuba makan di Telaga Air. Kira-kira 40-45 minit perjalanan dari Kuching ke sana. Tempatnya agak terkedalam sikit, di pinggiran pantai. 

Dekat Telaga Air, terdapat banyak food court yang menawarkan hidangan makanan laut termasuk sayur-sayuran dan juga daging ayam. Harganya sangat berbaloi. Kak na makan ketam, kerang, midin goreng belacan, sotong celup tepung, asam pedas dan air untuk 3 orang makan, xsampai 40 ringgit. Rasanya pun ok.

Dalam perjalanan pulang ke Kuching, boleh singgah d warung Serapi yang menjual coconut shake. Coconut shakenya memang best. Harganya RM 4.50 satu cup.

******************************

MAMI CENDOL




Mami cendol terletak hanya beberapa minit perjalanan dari bandar Kuching. Terletak tidak jauh dari Gita. Kalau nak makan cendol, eloklah pegi masa hari-hari biasa. Kalau hujung minggu, alamatnya pulang balikla sebab tempat full.

Kak na pergi tengahari, tempat banyak lagi kosong. Selain cendol, ada pasembor, rojak, keropok dan makanan ringan lain. Rasanya sangat sedap. Satu mangkuk pun dah memadai. Kak na order cendol ais cream. 1 mangkuk berharga RM 4.50.


Tuesday, 25 October 2016

MENGAPA GURU?

Mengapa guru? ye, mengapa guru?. Pernah bermain di fikiran kak na mengapa profesion guru yang kak na pilih?. Adakah sebab keje guru ni glamer, makcik-makcik mesti ramai nak jadikan kita sebagai menantu. Yelah, kadang-kadang profesion ni laku di kalangan mak-mak yang nak carikan jodoh buat anak mereka, wallahuallam. Mungkin ada betul, mungkin kurang betul. 

Orang kata gaji cikgu ni besar. Keje sampai tengahari dah boleh balik rumah. Cuti pulak berbulan-bulan. Ramai orang yang nak jadi cikgu. Namun, tugas seorang guru bukanlah semuanya indah seperti dipandang orang. Hanya orang yang bergelar guru atau pernah bergelar guru je yang tahu. 

Impian kak na ingin menjadi guru dah tercipta semenjak sekolah rendah lagi. Tak pasti kenapa namun yang pasti kak na suka mengajar orang lain. Masa kanak-kanak, kak na suka main cikgu-cikgu dalam kebun. Kak nalah yang jadi cikgunya, mengajar sepupu, anak saudara mengeja A B C. Bila besar sikit, mengajar mengeja dan membaca, juga mengajar mengira. Timbul rasa kepuasan dalam diri apabila ilmu yang kita sampaikan pada orang tu, dapat diterima dan mereka memahaminya. Sejak dari itulah kak na dah bertekad dalam diri nak jadi cikgu. Tambahan pula , dalam family dan saudara mara ramai kerjaya sebagai guru.


Mereka pantang nampak kamera 


Impian tu kak na bawa sampailah ke besar. Walaupun perjalanan yang panjang untuk mencapainya, kak na tetap bersyukur kerana cita-cita kak na dah tercapai. Dulu, masalah terbesar yang ada pada diri kak na adalah terlalu malu. Sifat malu tu menebal dalam diri. Pernah berfikir macam mana nak jadi cikgu kalau malu. Nak mengajar depan anak-anak murid. Namun alhamdulillah, kolej komuniti banyak merubah kak na. Apabila sering membuat pembentangan di dalam kelas, sifat malu untuk berhadapan dengan orang ramai semakin berkurang. 

Kak na bergelar guru buat kali pertama adalah semasa praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh Selangor. Kak na menjadi guru praktikal bermula bulan 7 sehingga bulan 11 tahun 2014. Banyak ilmu dan pengamalan perguruan yang kak na dapat semasa praktikal disana. Sebelum ni belajar je dalam kelas, praktik dalam kelas. Bila dalam situasi yang sebenar, agak jauh berbeza sebab kita mengajar pelajar-pelajar yang sebenar. Masa di U, kawan-kawanlah yang menjadi pelajar kita. 


Bersama pelajar form 5 (praktikal)

Macam-macam karenah dan peel pelajar yang kak na jumpa, ada yang baik, ada yang nakal, tersangat nakal dan tak kurang lagi kak na pernah meleraikan pelajar yang bergaduh. Itu semua kenangan yang kak na takkan dapat beli di mana-mana. Pengalaman itu jugalah yang banyak membantu kak na menjadi seorang guru di KV ini. 


Keluar makan bersama anak-anak didik (praktikal)

Pengalaman menjadi guru kali kedua adalah semasa kak na menjadi guru tadika semasa cuti semester selama dua bulan lebih. Jadi guru tadika sangatlah besar cabarannya. perlu ada tenaga dan tahap kesabaran yang amat tinggi. Selain itu ilmu nak handle kanak-kanak ni perlulah ada. Nasib baikla kak na ni ada ramai anak saudara. Kak na anggap mereka macam anak-anak saudara kak na je. Walapun hanya sebulan, kak na mendapat sesuatu pengalaman yang berharga disana.


Adik-adik di Tadika (PASTI)

Pengalaman yang ketiga adalah kak na menjadi guru yang sebenar setelah dipostingkan di Kolej Vokasional Kuching. Agak besar cabarannya apabila mengajar dalam bidang teknikal, tambahan pula pelajar-pelajar yang agak matang dan umur mereka tak jauh bezanya dengan guru-guru baru ni. Namun ikhlaskan hati, kerja dengan baik dan insyaALLAH perkara yang baik-baik akan datang pada kita. Itu yang akan selalu kak na pegang.

Kelas amali kuih tempatan

Monday, 24 October 2016

KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Kolej Vokasional mungkin bukanlah terlalu asing bagi kak na sebab ketika belajar di UPSI dulu, kak na pernah terdedah dengan serba sedikit maklumat tentang kolej Vokasional ni kerana kak na mengambil kursus teknikal juga di sana. Dekat KV, pelbagai kursus teknikal dan vokasional ditawarkan seperti kulinari, fesyen, automotif, perakaunan, pertanian, elektik, elektronik, permesinan industri dan pelbagai lagi.

Kolej vokasional menawarkan program Diploma Vokasional Malaysia kepada pelajar berumur 16 tahun (selepas pt3) yang berkelayakan. Program ni dijalankan dalam tempoh 4 tahun 6 bulan. Kiranya pelajar akan memperoleh Diploma Vokasional diorang pada umur 20-21 tahun (konvo). Selepas semester terakhir, pelajar perlu menjalani on job training (OJT) selama 5 bulan.


Perhimpunan mingguan setiap hari selasa (KVKU)

Pelajar yang kecenderungannya kurang ke arah akademik, mereka boleh menyambung pelajaran mereka selepas PT3 di KV.  Syarat kemasukan adalah calon telah menduduki PBS, sihat tubuh badan, bebas masalah mental, memperoleh sekurang-kurangnya band 3 bagi sujek BM, BI, Sains, Mate dan KH.

Melalui pentaksiran kv, amali sebanyak 70%, manakala 30% teori. KV menggunakan sistem yang digunakan di Institusi awam iaitu PB (pentaksiran berterusan) yang dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran seperti kuiz, pembentangan dan amali dan juga PA (pentaksiran akhir) iaitu peperiksaan akhir. Pelajar perlu menduduki ujian bertulis dan juga ujian amali.


Pelajar menjalani kelas amali masakan


Pensyarah menilai hasil masakan pelajar

Berikut adalah laluan bagi mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia.


  • Pelajar perlu menamatkan pembelajaran selama 4 tahun (8 semester) dan 5 bulan (OJT). 
  • Pada tahun 1 dan tahun 2 (sem 1- sem 4), pelajar akan mendapat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) jika lulus kesemua syarat dan lulus PB serta PA. 
  • Pelajar akan menyambung pembelajaran mereka pada tahun 3 dan 4 (sem 5-sem 8). 
  • Setelah lulus PB dan PA, mereka boleh menjalankan OJT mereka di industri yang menjalani kerjasama antara KV.
  • Lulus OJT, mereka bakal bergraduasi dan dianugerahi Diploma Vokasional Malaysia.

Waktu belajar di KV juga berbeza dengan sekolah harian biasa. Pelajar bermula kelas pada jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. I masa bersamaan 1 jam. Waktu bekerja guru bermula jam 7.30pg-4.30 ptg bersamaan 9 jam waktu bekerja. 

Selain kursus teknikal, pelajar juga belajar subjek akademik seperti mate, sains, bm, bi, moral, pend. islam dan sejarah. Namun pemberatnya lebih kepada kursus teknikal. Kan namanya pun kolej vokasional. Setiap kursus akan ada amali terutama kursus teknikal seperti kulinari contohnya, ada masak memasak, penyediaan restoran, fruit carving dan lain-lain.

Pelajarnya pun tidak lagi memakai pakaian sekolah seperti sekolah harian biasa. Pelajar perlu memakai pakaian korporat jika tiada kelas amali dan memakai t-shirt jika ada kelas pendidikan jasmani. Mereka juga perlu menyertai pasukan beruniform dan juga sukan sekolah. Aktiviti kokurikolum kv masih lagi sama seperti sekolah harian biasa kerana Kv masih lagi di bawah KPM (bagi SVM) 

Gurunya tidak lagi digelar guru tetapi dinaik taraf kepada "Pensyarah" seiring penaikan taraf sekolah kepada "kolej".

Begitulah sedikit sebanyak yang mampu kak na share sebab waktu ni, kak na baru 2 bulan lebih mengajar di KV. Semoga bermanfaat.

Wassalam..




POSTING KE SARAWAK

SARAWAK, negeri yang sangat asing bagi kak na. Budaya mereka, bahasa mereka, makanan mereka dan segalanya. Apabila kak na mendapat tahu bahawasanya kak na telah dipostingkan ke Sarawak, dalam hati hanya ALLAH yang mampu menggambarkan perasaan pada waktu tu. Gembira bercampur sedih. Gembira apabila dapat dpt fly ke bumi Borneo (dah lama nk merantau ke sabah sarawak) namun sedih sebab masa tu baru kahwin tak sampai 2 minggu dah nak kena berpisah dengan suami. 

Namun kak na cuba positifkan diri, mungkin ada hikmah yang ALLAH cuba nak bagi. 16 Ogos, bermulalah penerbangan kak na yang pertama ke SARAWAK.

Muka serebeh sebab bangun lambat nak ke Airport


Pada tahun ini, lebih 400 orang telah dipostingkan ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Angka yang amat besar dan tidak disangka-sangka sebab sebelum ni kak na diomok-omokkan bahawa tahun ni tiada posting ke sana namun sangkaan yang jauh meleset plak. 98 % yang dipostingkan adalah guru bujang manakala 2 % lagi adalah guru yang telah berkahwin dan tidak sempat update status (baru kahwin selepas bulan 5). Kak na adalah salah seorang dalan 2 peratus tu. Tak sempat update status sebab kahwin selepas tarikh update tutup. 

Beberapa hari sebelum kak na berangkat ke Sarawak, barulah kak na dapat pemberitahuan dapat posting ke Kolej Vokasional dan bukan sekolah harian biasa kerana bidang kak na adalah teknikal atupun kemahiran. Kolej Vokasional sangat berbeza dengan sekolah harian biasa. Nak tau, tunggu untuk entri yang berikutnya.

Walaupun dapat posting jauh, namun kak na bersyukur dapat posting dengan 4 lagi batch ert sama di UPSI dulu menjadikan kami seramai 5 orang guru kos ert. Selain kami, ada lagi seramai 11 guru menjadikan semuanya 16 orang guru baru dipostingkan di sebuah sekolah. Sangat ramai namun itulah hakikatnya..huhu..Namun ada lagi sekolah yang menerima seramai 36 orang guru baru bagi sekali penempatan. Memang dasyat. Guru baru saje dah boleh penuh satu bilik guru.

Rakan sekerja yang comey-comey


Guru-guru muda blake


5 guru ert, 2 guru pj, 2 guru moral, 3 guru akaun, 1 guru mate, 1 guru sains dan 2 kaunselor. 14 orang wanita dan 3 orang lelaki. 

Di sarawak, kak na telah menyewa sebuah rumah bersama 4 orang rakan dan sebuah kereta kancil untuk ke sekolah. Setiap hari, kami berlima akan memuatkan sebuah kereta untuk ke sekolah (sebelum kak na beli kereta). Rumah kteorang di kawasan perumahan cina, kiri kanan, depan belakang semuanya cina. Anjing, usah cakaplah, hari-hari ktorang akan disambut oleh anjing-anjing jiran yang setia menunggu ktorang balik kerja..huhu..Lama kelamaan, ia sudah menjadi kebiaaan buat kami. Mula-mula memang ketat lutut nak keluar kete bukak pintu pagar sebab asyik kena salak je. Sekarng dah lali itu semua sebab anjing yang bertuan ni xgigit orang.


 Rumahku Syurgaku(kawan tumpang letak kereta)



 Alhamdulillah (first baby)


Dalam seminggu yang pertama, ada sebuah kisah lucu yang terjadi. Oleh kerana kami berlima "pandai" menggunakan kompas, arah kiblat telah berubah sebanyak 360 darjah..huhu. Ownernya seorang cina, nak tanya arah kiblat, tak munasabah pulak. Gunala kompas dalam handfon. Bila semua dan sepakat terima, hari first sembahyang satu arah, hari berikutnya timbul keraguan. Ukur balik dan arah kiblat berubah terus. Ampunkan kami ya ALLAH.

Owner kami tersangatlah baik dan caring. Alhamdulillah. Kebajikan kami terjaga. Kami bagitau je nak apa, semua pasti akan ditunaikanya. Rindu pula mak kat kampung. Terima kasih madam Cecilia..


  Tengok wayang hilangkan stress (housemate)

KENALI CIKGU AZLINA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T akhirnya ceriteracikguazlina.blospot.com dapat diterbitkan juga.

"Cikgu" adalah gelaran yang sekian lama diidamkan oleh  kak Na. Cita-cita ini telah lama kak na impikan sejak dari sekolah rendah lagi. Walaupun gelaran ini kak na dapat pegang ketika umur 29 tahun, tapi kak na sangat mensyukurinya. Impian telah menjadi kenyataan.

Kak na telah berjaya dipostingkan ke Kolej Vokasional Kuching pada 15 Ogos 2016 setelah menunggu selama setahun (selepas grade). Andai elok jika kak na perkenalkan diri dulu kan.hehe..lupa plak.

Nama indah yang telah diberikan oleh ibu ayah adalah Azlina Binti Harun, Anak ke 8 daripada 8 adik beradik. Mempunyai seorang kakak dan 6 orang abang. Kira masa kecik dulu kak na ni agak tomboy sebab ramai abang. waris waras pun ramai lelaki. Kak berasal daripada negeri Kelantan Darul Naim, telahpun berumah tangga pada 22 Julai 2016. Ketika ini, inai masih lagi ada dijari..hehe..

Setelah abis SPM, perjalanan kak na telahpun bermula. Ketika umur 18 tahun, kak na telah menjadi anak perantau. Kak na telah melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Chenderoh Perak ,kos sijil pengurusan hotel dan katering memandangkan keputusan SPM kak na kurang memberansangkan. Masa sekolah dulu kak na tak berapa rajin. Main je banyak. Macam manala nk jadi ckgu kan..huhu.. Setelah berjaya menamatkan pelajaran, kak na mendapat kerja sebagai seorang pekerja kilang di kilang Canon opto Shah Alam. Kak na kerja selama setahun kat sana.


   Merdeka selepas tamat SPM


Bff Kolej Komuniti ( muka suci lagi)


Kak na mendapat tawaran menyambung Diploma Hotel dan katering di Politeknik Merlimau Melaka selama satu tahun 6 bulan. Setelah dapat diploma, kak na bekerja di Jabatan perangkaan Kajang sempena banci penduduk dan perumahan 2010. Kemudian kak na mendapat tawaran menyambung pengajian lagi untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga di UPSI. Ketika mendapat keputusan itu, tiada kata yang mampu menzahirkan rasa kesyukuran apabila segala penat lelah penantian bertahun-tahun akhirnya bakal tercapai. Impian kak na menjadi "cikgu" bakal tercapai. Ketika itu umur kak na 24 tahun. Antara seniorlah kiranya batch kak na kebanyakannya adik-adik berumur antara 19-21.

      50 orang classmate yang comey lotey

4 tahun kak na belajar ilmu perguruan di UPSI dan tamat pelajaran pada bulan 6 tahun 2015. Sementara menunggu posting, kak na keje di koperasi sekolah menengah dekat dengan rumah. Alhamdulillah pada bulan April 2016, kak na dipanggil untuk temuduga SPP di putrajaya. Ketika menunggu keputusan temuduga, kak na mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2016. Mungkin dikatakan rezeki selepas kawin, kak na telah berjaya dipostingkan selepas seminggu lebih kahwin. Kak na telah dipostingkan di Kolej Vokasional Kuching dan bermulah episod pjj kak na dan suami.

  Pra convo degree di Pantai Senok Bachok, Kelantan



   Saat bergelar seorang Isteri

2 minggu selepas kahwin, kak na telah diterbangkan ke Kuching dan pada tarikh 15 Ogos, bermulalah perjalanan kak na sebagai seorang "Cikgu".

Perjalanan kak na mungkin lambat berbanding orang lain yang menjadi guru pada umur semuda 24 tahun. Tapi rezeki kita masing-masing telah ditetapkan. Ketika kerja kilang, semangat kak na nk sambung belajar sangat berkobar-kobar sebab nak smbung belajar di UPSI dan menjadi cikgu. Dapat masuk poli, kak na belajar sungguh-sungguh dan dapat dekan setiap sem. Kak na bertekad nak ubah hidup kak na dan takkan berhenti belajar sehingga mendapat Ijazah. Alhamdulllah, dapat result yang baik, dapat sambung degree.


                 Lega selepas selesai temuduga SPP di Putrajaya


 Saat perpisahan dengan suami, pjj yang pertama



          Barisan guru Kolej Vokasional Kuching

So, bagi adik-adik yang rasa telah gagal pada mulanya, bangkitlah. Anda tidak akan selalunya gagal. Hanya anda yang mampu mengubah hidup anda sendiri.. Belajarlah, belajarlah dan belajarlah. Dengan ilmu , darjat kita akan diangkat dan gunalah ilmu yang ada dengan sebaik-baiknya.

ALHAMDULILLAH..


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tar...