Tuesday, 25 October 2016

MENGAPA GURU?

Mengapa guru? ye, mengapa guru?. Pernah bermain di fikiran kak na mengapa profesion guru yang kak na pilih?. Adakah sebab keje guru ni glamer, makcik-makcik mesti ramai nak jadikan kita sebagai menantu. Yelah, kadang-kadang profesion ni laku di kalangan mak-mak yang nak carikan jodoh buat anak mereka, wallahuallam. Mungkin ada betul, mungkin kurang betul. 

Orang kata gaji cikgu ni besar. Keje sampai tengahari dah boleh balik rumah. Cuti pulak berbulan-bulan. Ramai orang yang nak jadi cikgu. Namun, tugas seorang guru bukanlah semuanya indah seperti dipandang orang. Hanya orang yang bergelar guru atau pernah bergelar guru je yang tahu. 

Impian kak na ingin menjadi guru dah tercipta semenjak sekolah rendah lagi. Tak pasti kenapa namun yang pasti kak na suka mengajar orang lain. Masa kanak-kanak, kak na suka main cikgu-cikgu dalam kebun. Kak nalah yang jadi cikgunya, mengajar sepupu, anak saudara mengeja A B C. Bila besar sikit, mengajar mengeja dan membaca, juga mengajar mengira. Timbul rasa kepuasan dalam diri apabila ilmu yang kita sampaikan pada orang tu, dapat diterima dan mereka memahaminya. Sejak dari itulah kak na dah bertekad dalam diri nak jadi cikgu. Tambahan pula , dalam family dan saudara mara ramai kerjaya sebagai guru.


Mereka pantang nampak kamera 


Impian tu kak na bawa sampailah ke besar. Walaupun perjalanan yang panjang untuk mencapainya, kak na tetap bersyukur kerana cita-cita kak na dah tercapai. Dulu, masalah terbesar yang ada pada diri kak na adalah terlalu malu. Sifat malu tu menebal dalam diri. Pernah berfikir macam mana nak jadi cikgu kalau malu. Nak mengajar depan anak-anak murid. Namun alhamdulillah, kolej komuniti banyak merubah kak na. Apabila sering membuat pembentangan di dalam kelas, sifat malu untuk berhadapan dengan orang ramai semakin berkurang. 

Kak na bergelar guru buat kali pertama adalah semasa praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh Selangor. Kak na menjadi guru praktikal bermula bulan 7 sehingga bulan 11 tahun 2014. Banyak ilmu dan pengamalan perguruan yang kak na dapat semasa praktikal disana. Sebelum ni belajar je dalam kelas, praktik dalam kelas. Bila dalam situasi yang sebenar, agak jauh berbeza sebab kita mengajar pelajar-pelajar yang sebenar. Masa di U, kawan-kawanlah yang menjadi pelajar kita. 


Bersama pelajar form 5 (praktikal)

Macam-macam karenah dan peel pelajar yang kak na jumpa, ada yang baik, ada yang nakal, tersangat nakal dan tak kurang lagi kak na pernah meleraikan pelajar yang bergaduh. Itu semua kenangan yang kak na takkan dapat beli di mana-mana. Pengalaman itu jugalah yang banyak membantu kak na menjadi seorang guru di KV ini. 


Keluar makan bersama anak-anak didik (praktikal)

Pengalaman menjadi guru kali kedua adalah semasa kak na menjadi guru tadika semasa cuti semester selama dua bulan lebih. Jadi guru tadika sangatlah besar cabarannya. perlu ada tenaga dan tahap kesabaran yang amat tinggi. Selain itu ilmu nak handle kanak-kanak ni perlulah ada. Nasib baikla kak na ni ada ramai anak saudara. Kak na anggap mereka macam anak-anak saudara kak na je. Walapun hanya sebulan, kak na mendapat sesuatu pengalaman yang berharga disana.


Adik-adik di Tadika (PASTI)

Pengalaman yang ketiga adalah kak na menjadi guru yang sebenar setelah dipostingkan di Kolej Vokasional Kuching. Agak besar cabarannya apabila mengajar dalam bidang teknikal, tambahan pula pelajar-pelajar yang agak matang dan umur mereka tak jauh bezanya dengan guru-guru baru ni. Namun ikhlaskan hati, kerja dengan baik dan insyaALLAH perkara yang baik-baik akan datang pada kita. Itu yang akan selalu kak na pegang.

Kelas amali kuih tempatan

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KVKU

Pada 13 Februari lepas,  kvku telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kolej. Memang meriah dengan persembahan tarian singa, tar...